Sunday, August 15, 2010

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA JIKA...emm...

RENUNG-RENUNGKANLAH...

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA JIKA...

seorang polis datang ke rumah, lalu dia berkata
"mak cik dan pak cik diminta ke balai. anak pak cik kene tangkap kerana menjual dadah or bla bla bla...."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA KALAU...

pihak jabatan agama islam telefon,
"makcik pakcik, anak makcik kena tangkap @$#&% or bla bla bla..."

BAGAIMANA PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

org kampung datang menyerang ke rumah sambil membawa perkakasan( ala-ala samseng)
"woi!!! tak reti jaga anak ke? abis semua barang kami di kebas or bla bla bla..."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

pihak hospital menelefon mereka,
"kami tak dapat selamatkan anak makcik pakcik. dia mati ditempat kejadian(khas buat pulan yg merempit)

tetapi BAYANGKAN JIKA...

pihak sekolah/university dtg/telefon...
TAHNIAH! anak makcik pakcik merupakan pelajar trbaik.

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA....

Ketika kita pulang dan membawa segulung ijazah. sambil berlari mendakap mereka....mak kakak(saya anak sulung perempuan ye, hehe) mumtaz(cemerlang).

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA...

"ish x 1000....anak sapa la tu kan? dah la pandai, cantik, berbudi bahasa berjaya pulak tu"
"tu hah, anak si pulan dan pulanah...sejuk perut si pulanah tu kan melahirkan ank mcm tu"

BAYANGKANLAH KAWAN-KAWAN. APA YANG IBU BAPA KITA RASA...

kerana jika anda bernasib baik, anda akan merasa perasaan ini juga suatu hari nnti.

http://kasihislam94.blogspot.com/

selawat~

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan datang lagi..yeah..


Assalamualaikum..kawan2..yahuu...puasa kembali lagi setelah aku menunggu selama setahun..itu lah lumrah kehidupan..masa berputar,,,sampai jugak di bulan ramdhan yg mulia...x bnyk lah ak nk ckp..cuma perbanyakkan amalan mulia di bulan ramadhan nih...masa bulan ramadhan ni lah kita leh belajar perbaiki diri...yg suka cuci mata...sudah lah...mata dh kilat pun...cuci mata dngn melihat ayat2 quran..lagi jernih mata anda..haha...perbanyakkan ingt allah..masa ni kita berpeluang utk berubah...berubah ke arah kebaikkan..jgn masa bulan ramadhan ja...pastu jahat balik...x elok..

kepada kaum adam..jgn lah nk ponteng2 puasa...malu lah skit ngan budak2 kecik yg mampu tahan puasa sebulan...
kaum hawa..ak paham..hehe..tapi ingt allah maha melihat.,korang jgn guna alasan uzur utk x puasa..(padahal x uzur pun)
ah.malas nk panjang2...yang Penting Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Friday, June 18, 2010

bahaya Taksub...

Fanatik Dan Taksub Kepada Guru

Oleh

Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Hj. Abd. Majid


Pendahuluan

Banyak pihak melihat antara punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka.
Bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah.
Antara fenomena yang dapat dilihat ialah tidak ada lagi kesederhanaan (al-tawassut) sehingga mereka terdedah kepada ifrat atau tafrit, ghuluw atau tasahul.
Ini semua jelas melalui cara mereka berfikir dan bertindak.

Al-Wasat atau al-I'tidal adalah satu paksi yang telah membawa kecemerlangan kepada umat Islam dahulu.
Apabila hilang ciri al-wasat itu, maka umat Islam terdedah kepada penambahan dan tokok tambah atau sebaliknya pengurangan.
Penambahan atau pengurangan ini adalah menjadi salah satu punca perpecahan umat Islam.
Soalnya bagaimana satu umat itu boleh maju ke hadapan apalagi boleh memimpin umat Islam jika mereka sendiri berpecah belah.
Mereka bermusuhan dalam perkara titik bengik sesama sendiri dan hilang kesederhanaan kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran masing-masing.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ada orang yang mengambil kesempatan dari kejahilan orang ramai, dengan membawa ajaran sesat dan salah dan mempamerkan diri mereka sebagai ketua kepada sesuatu ajaran atas nama tarekat atau sebagainya.


Pengertian

Fanatik bermaksud; sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan.
la disama ertikan dengan taksub.
Lawan bagi fanatik dan taksub ialah tasamuh dan toleransi; yang bermaksud lapang dada, luas fikiran dan sabar.


Melampau-lampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattu' dan al-tashdid.
Sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana. Maksud firman Allah:

Maksud,
"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu".

(Surah al-Baqarah 143)


Sikap taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan adalah salah satu dari gejala melampau.
la memberi gambaran kebekuan fahaman seseorang yang tidak mahu melihat maslahah ummah dan tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, bagi mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

Taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya.
Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.
Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka.
Seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Ijmak semua ulama salaf dan khalaf, semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi s.a.w.

Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain.
Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain.
Keadaan akan menjadi lebih gawat, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bid'ah, kufur dan keluar dari agama. Dalam tindakan secara kekerasan, fanatik dan taksub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T., mewajibkan meninggalkan yang makruh seperti meninggalkan yang haram.

Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja.
Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur.

Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain.
Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran.
Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil.
Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia.
Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam.

Golongan di atas sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu.
Saidina Abu Bakar r.a. memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah.
Pada peringkat individu mereka hanya perlu melakukan amr bil maaruf wa nahyu anil munkar.
Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya.
Bapa terhadap anak, ma-jikan ke atas pekerjanya atau pemerintah terhadap rakyatnya.

Larangan

Beberapa maksud hadis cukup menjelaskan bahawa Islam tidak suka apa juga perkara yang melampau-lampau. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dan al-Hakim pada Mustadraknya dari Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama'.

Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang ber-maksud:

'Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar ...'.

(Riwayat Bukhari dan Nasaai)


Sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah:

Maksud:
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul".

(Surah al-Ma'idah:77 )


Antara perkara diingkari ialah bersikap keras bukan pada tem-pat dan masanya.
Sikap melampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattu' dan al-tashdid.
Sikap ini adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana seperti yang dituntut oleh Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143 bermaksud:

Maksud:
"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu".

(Surah al-Baqarah 143)


Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan ter-utamanya apabila berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di negara bukan Islam.
Sifat kulli hendaklah diutamakan dari yang bersifat juz'i.
Begitu juga perkara pokok adalah diutamakan sebelum furu'.
Allah memerintahkan hambaNya ber-dakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti maksud Firman Allah S.W.T.:

Maksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk".

(Surah an-Nahl 125)


Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sa-ngat dilarang.
Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan perang ketika menghadapi musuh.
Ini dijelaskan melalui Firman Allah S.W.T.:

Maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongan)".

Wednesday, May 19, 2010

Exam....EXAM...exam...ape tu exam..saya tak tau apa tu exam??

Media culture,Computer graphic 3,english 3,Media mathematic 2j(killer subject)...

pergh...exam sbnrnya satu penyeksaan bagi aku....tak sabar nak balik peneng...nak rasa lauk masakkan mak aku,,,,,

cuti 2 minggu,..target nak naikkan berat badan...haha...

Thursday, April 29, 2010

MARAH...apa tu marah??bahaya marah nih..kena relak doh..

Ada 5 kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat,marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat), marah sederhana, tidak tahu marah dan marah keterlaluan. Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.

Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.

Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.

Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Friday, April 16, 2010

AURAT...penjelasan nya ada disini

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.