Thursday, December 8, 2011

Maki,mencarut.sebab KPOP



http://budakgigirabbit.blogspot.com/2011/12/kpopeuww.html?spref=fb

Link ni aku jumpa kat 1 blog.Budak ni dianiaya sebenarnya.Oleh fans2 yang fanatik KPOP.aku pun dengar gak lagu KPOP.SNSD.Super junior,Hyuna kim,bubble pop...tapi dengar utk2 layan2 je lah..tak de lah sampai tahap fanatik anak2 muda sekarang. pelik nya anak2 muda berusia belasan dan ada yg dah masuk universiti dan boleh dikira orang yg cerdik,..dalam blog ni maki hamun ,mencarut...haih..ape nye x matang lah......



nak fanatik2 tu fanatik lah,...tapi jgn sampai tahap dah hilang akal...budaya melayu dah hilang ..budaya islam dah x de dlm diri...dek kerana kpop yg agak remeh sangat..bende kecik ja pun..KPOP tak bawak korang ke mana pun sampai nak dipertahankan..korang nak minat kpop..minat lah..tapi jangan sampai tahap TAKSUB....seolah2 KPOP ni Tuhan korang....haih..
Wahai anak2 muda.kalau anda guna semangat ni mempertahankan islam dan Rasulullah..kan bagus....tapi sayang..

benarlah apa yg aku dengar dalam 1 hadis..sampai suatu masa...artis jadi sanjungan,ulama dipinggirkan...ak x pasti sapa perawi dia...tapi ni hadis sahih..so.,klau ada inform..gi tau lah ek...

Blog ni milik kepada uncle budak nih...antara ayat yg aku baca...

Saya simpati sebenarnya melihatkan bagaimana anak-anak berusia 11 tahun, 12 tahun malah ada yang berusia 9 tahun dengan mudah menulis sial, fuck, mati kau, kelar muka kau dengan pisau dan bakar rumah kau.

Apatah lagi ada yang manis bertudung menutup aurat malangnya mungkin ibubapa mereka lupa untuk mengingatkan kepada anak-anak kecil mereka ini - menjaga aurat itu termasuk tidak mencaci orang lain. Tidakkah kita terfikir jika kita biarkan perkara ia berleluasa tanpa kawalan dan sedikit pengajaran, satu hari nanti, kefahaman bahawa tudung itu hanya satu hiasan buat wanita?


lagi copy paste

Satu lagi, adakah ibubapa anak anak yang datang memberi komen di blog ini dalam posting terdahulu terlupa untuk beritahu, jika kita bercakap dengan orang lebih tua daripada kita, budaya Melayu itu indah dan penuh dengan adab? Salah siapakah jika anak-anak kecil ini tidak beradab malah merasakan diri mereka tidak ada keperluan untuk menitipkan sedikit rasa hormat pada orang tua?

Hanya segelintir kecil yang masih tampak hormat dan ini tentunya hasil didikan yang baik dari ibubapa.

Apabila membaca komen komen kebanyakan mereka, saya bertanya diri saya: bagaimana agaknya anak anak kecil ini berinteraksi dengan ibubapa mereka di rumah? Adakah dengan memanggil nama sahaja? Hi Jamil. Hi Mastura, kalau ibubapa mereka bernama Jamil dan Mastura.





semoga anak2 muda diberi kesedaran betapa pentingnya adab dan budaya..lagi2 kita ni melayu islam...Salam ISLAM kepada semua akhi dan ukhti...Jazakallah...

Wednesday, October 26, 2011

Mengapa Bangsa Yahudi Bijak Dan Pandai

Mengapa Bangsa Yahudi Bijak Dan Pandai
Megapakah kebanyakan orang bijak pandai lahirnya dikalangan bangsa yahudi. Apakah kelebihan yang ada pada mereka.. Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam. Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.



Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.
Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.
Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.
Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.
Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?
Silakan baca kisah ini dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya.
Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Dapatkan Berita Maharaja Lawak Mega Secara Percuma klik sini
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
sumber : malaysiatopbloggers

LELAKI POTONG DAN MAKAN JARINYA SENDIRI

WELLINGTON – Seorang lelaki dari Florida memotong jari dan memasak jarinya sendiri dengan sayuran!. Tidak hanya itu, lelaki tersebut telah memakan jarinya sendiri!.

Lelaki berusia 28 tahun ini tidak menghadapi ketagihan alkohol ataupun ubat-ubatan terlarang ketika melakukan tindakan kanibalisme terhadap diri sendiri itu.

Kes ini merupakan satu dari lapan kes kanibalisme yang dilakukan terhadap diri sendiri di dunia. Demikian diberitakan Associated Press.

Setelah memakan satu jarinya, lelaki tersebut merancang pula untuk memakan dua jarinya yang lain sebelum akhirnya meminta bantuan perubatan kepada petugas kesihatan setempat. Setelah didiagnosis, lelaki tersebut ternyata menderita gejala tekanan perasaan tahap ringan.

Doktor mengatakan lelaki tersebut menghidap pelbagai masalah emosi tidak stabil dan pernah sekali ketika diserang tekanan, lelaki tersebut menyerang dua orang lelaki.


Doktor yang merawat lelaki ini pada tahun 2008 lalu malah menyatakan, “dirinya sempat merasa marah dan untuk pertama kalinya ia sempat mengimpikan tidak hanya membunuh penyerangnya tetapi juga memakan mereka juga”.

OTAK BERULAT AKIBAT MAKAN SUSHI

ULAT PADA OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI

300559_265969273440038_100000809021474_726127_1275090635_n

Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).

-copy paste-

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri buat sahabat2 sekalian


Assalamualaikum..apa aku nak cakap ek..haha..cuma nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.kalau ada terkasar dan tersalah,maafkan saya.teguri lah saya."bukan pergi dengan begitu sahaja"..Kdg manusia2 tak sedar apa kesilapan nya...dan itu pasti kita tak akan terlepas..
Kalau sudi2 nak dtg raya.mai ler umah ak kat penang ek,.ada macam2 kuih,,lauk pn ada..haha

Friday, April 29, 2011

Zikir Ustaz Dzulkarnain Hamzah ...penenag hati..pengubat jiwa

http://www.youtube.com/watch?v=OTKcEtLldbs&feature=related

Saja lah nak share ngn korang,.,aku plg suka zikir ustaz Dzulkarnain Hamzah,..zikir dia ni cukup memberi satu kelainan kpd pihak yg mendengar...syahdu,..rasa tenang,...

Dikala sedih zikir ni menjadi penenang hati....pengubat jiwa ketika kita resah...dan zikir ni boleh juga menjadi salah satu amalan dalam hidup kita...ketika kita baru sahaja buat dosa kecil,besar...
zikir ni lah dapat membantu kita mengingati Allah...

aku suka alunan zikir ustaz ni...zikir ni selalu keluar kt astro OASIS..sebelum subuh,sebelum zuhur,sebelum asar,sebelum maghrib,dan sebelum isyak.....
emak aku selalu buka zikir ni kt oasis time sebelum subuh....kata mak aku...malaikat masuk rumah bila dengar alunan memuji kebesaran Allah...

aku harap aku pegang pesanan mak aku...sebab dosa aku ni besar sngt pada Nya...dosa ngn org pn kdg2 x perasan...adui...

harap2 biarlah kita mati dlm iman,selamat dri azab kubur,selamat di akhirat...

aku ni bkan pandai bab agama...ade lah jap gi pandai2 pnggil ustaz(gelaran yg ak plg benci)..cuma menyampaikan pesanan utk diri aku dan org lain..

Wednesday, February 16, 2011

Sedikit komen mengenai video keling "babi"

http://www.youtube.com/watch?v=YVUsoPayw7w
Aku jumpa 1 video mengenai student sekolah...yg dishare kat facebook...video ni pasal ada budak melayu ugut 1 pelajar india...dan paksa pelajar india ni cakap keling babi
pada awalnya student india ni tak nak cakap...tapi dia diugut untuk pecah kepala supaya cakap keling babi...
dan dalam keadaan takut dan terpaksa..pelajar india itu cakap..

komen:
Serius pelajar melayu tu sebenarnya babi hutan..klau aku jumpa dia..memang mati aku kerjakan,..dia ingat dia siapa...sedap ja kata keling babi..kenyataan perkauman...islam ajar cam tu ke..sebab2 tu lah jadi fitnah pada bangsa melayu...menyebabkan ada bangsa india pandang semcam pd org melayu..padahal yg ugut tu budak kampung tak de pelajaran..bangsat..bangang...

antara komen yg negatif oleh org india sendiri psal video nih di FB

"dengar pun sudah tahu, bagaimana kelakuan anak anak melayu masa akan datang"
"u r tru bro. i hope another prabagaran will born for indians"...

kat youtube komen ade lagi
aku dapat rasa ramai org melayu yg ada pelajaran,ilmu.kecam video nih....kalau aku...mmg pukul budak melayu tu...bangsat punya budak melayu..memalukan bangsa melayu sendiri..

kepada bangsa india saya memohon maaf atas perilaku budak melayu bangsat nih...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Lupa nak cakap..esok maulidur Rasul...cuma nak ucapkan salam maulidur rasul kpd semua..jom semua mengingati Rasulullah S.A.W...dia lah yg bnyk menyumbang islam kpd kita..klau x de dia..kita ni mungkin agama lain..Islam tak de dalam dunia..Islam ada kerana Rasulullah S.A.W..
Sekarang islam kurang dalam diri manusia wlaupun nama kita islam..
Dalam hal ni...kita sama2 cuba mengembangkan syiar islam dengan cara yg kita mampu asalkan tak langgar syariat islam..
Jom hidup kan sunnah Rasulullah S.A.W...
Dan sama2 lah selawat ke atas Rasulullah S.A.W..

Salam Maulidur Rasul

Tuesday, February 1, 2011

Final Exam

Final exam dah dekat...haih..ni dh msuk study week..ak study pun nth masuk nth tidak....tapi apa2 pun ak yakin..klau ada usaha..ada impalye..insya allah..
haih...mudah2 an lah kan...

Sunday, August 15, 2010

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA JIKA...emm...

RENUNG-RENUNGKANLAH...

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA JIKA...

seorang polis datang ke rumah, lalu dia berkata
"mak cik dan pak cik diminta ke balai. anak pak cik kene tangkap kerana menjual dadah or bla bla bla...."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA KALAU...

pihak jabatan agama islam telefon,
"makcik pakcik, anak makcik kena tangkap @$#&% or bla bla bla..."

BAGAIMANA PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

org kampung datang menyerang ke rumah sambil membawa perkakasan( ala-ala samseng)
"woi!!! tak reti jaga anak ke? abis semua barang kami di kebas or bla bla bla..."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

pihak hospital menelefon mereka,
"kami tak dapat selamatkan anak makcik pakcik. dia mati ditempat kejadian(khas buat pulan yg merempit)

tetapi BAYANGKAN JIKA...

pihak sekolah/university dtg/telefon...
TAHNIAH! anak makcik pakcik merupakan pelajar trbaik.

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA....

Ketika kita pulang dan membawa segulung ijazah. sambil berlari mendakap mereka....mak kakak(saya anak sulung perempuan ye, hehe) mumtaz(cemerlang).

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA...

"ish x 1000....anak sapa la tu kan? dah la pandai, cantik, berbudi bahasa berjaya pulak tu"
"tu hah, anak si pulan dan pulanah...sejuk perut si pulanah tu kan melahirkan ank mcm tu"

BAYANGKANLAH KAWAN-KAWAN. APA YANG IBU BAPA KITA RASA...

kerana jika anda bernasib baik, anda akan merasa perasaan ini juga suatu hari nnti.

http://kasihislam94.blogspot.com/

selawat~

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan datang lagi..yeah..


Assalamualaikum..kawan2..yahuu...puasa kembali lagi setelah aku menunggu selama setahun..itu lah lumrah kehidupan..masa berputar,,,sampai jugak di bulan ramdhan yg mulia...x bnyk lah ak nk ckp..cuma perbanyakkan amalan mulia di bulan ramadhan nih...masa bulan ramadhan ni lah kita leh belajar perbaiki diri...yg suka cuci mata...sudah lah...mata dh kilat pun...cuci mata dngn melihat ayat2 quran..lagi jernih mata anda..haha...perbanyakkan ingt allah..masa ni kita berpeluang utk berubah...berubah ke arah kebaikkan..jgn masa bulan ramadhan ja...pastu jahat balik...x elok..

kepada kaum adam..jgn lah nk ponteng2 puasa...malu lah skit ngan budak2 kecik yg mampu tahan puasa sebulan...
kaum hawa..ak paham..hehe..tapi ingt allah maha melihat.,korang jgn guna alasan uzur utk x puasa..(padahal x uzur pun)
ah.malas nk panjang2...yang Penting Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Friday, June 18, 2010

bahaya Taksub...

Fanatik Dan Taksub Kepada Guru

Oleh

Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Hj. Abd. Majid


Pendahuluan

Banyak pihak melihat antara punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka.
Bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah.
Antara fenomena yang dapat dilihat ialah tidak ada lagi kesederhanaan (al-tawassut) sehingga mereka terdedah kepada ifrat atau tafrit, ghuluw atau tasahul.
Ini semua jelas melalui cara mereka berfikir dan bertindak.

Al-Wasat atau al-I'tidal adalah satu paksi yang telah membawa kecemerlangan kepada umat Islam dahulu.
Apabila hilang ciri al-wasat itu, maka umat Islam terdedah kepada penambahan dan tokok tambah atau sebaliknya pengurangan.
Penambahan atau pengurangan ini adalah menjadi salah satu punca perpecahan umat Islam.
Soalnya bagaimana satu umat itu boleh maju ke hadapan apalagi boleh memimpin umat Islam jika mereka sendiri berpecah belah.
Mereka bermusuhan dalam perkara titik bengik sesama sendiri dan hilang kesederhanaan kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran masing-masing.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ada orang yang mengambil kesempatan dari kejahilan orang ramai, dengan membawa ajaran sesat dan salah dan mempamerkan diri mereka sebagai ketua kepada sesuatu ajaran atas nama tarekat atau sebagainya.


Pengertian

Fanatik bermaksud; sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan.
la disama ertikan dengan taksub.
Lawan bagi fanatik dan taksub ialah tasamuh dan toleransi; yang bermaksud lapang dada, luas fikiran dan sabar.


Melampau-lampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattu' dan al-tashdid.
Sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana. Maksud firman Allah:

Maksud,
"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu".

(Surah al-Baqarah 143)


Sikap taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan adalah salah satu dari gejala melampau.
la memberi gambaran kebekuan fahaman seseorang yang tidak mahu melihat maslahah ummah dan tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, bagi mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

Taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya.
Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul.
Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka.
Seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Ijmak semua ulama salaf dan khalaf, semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi s.a.w.

Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain.
Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain.
Keadaan akan menjadi lebih gawat, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bid'ah, kufur dan keluar dari agama. Dalam tindakan secara kekerasan, fanatik dan taksub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T., mewajibkan meninggalkan yang makruh seperti meninggalkan yang haram.

Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja.
Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur.

Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain.
Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran.
Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil.
Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia.
Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam.

Golongan di atas sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu.
Saidina Abu Bakar r.a. memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah.
Pada peringkat individu mereka hanya perlu melakukan amr bil maaruf wa nahyu anil munkar.
Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya.
Bapa terhadap anak, ma-jikan ke atas pekerjanya atau pemerintah terhadap rakyatnya.

Larangan

Beberapa maksud hadis cukup menjelaskan bahawa Islam tidak suka apa juga perkara yang melampau-lampau. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dan al-Hakim pada Mustadraknya dari Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama'.

Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang ber-maksud:

'Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar ...'.

(Riwayat Bukhari dan Nasaai)


Sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah:

Maksud:
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul".

(Surah al-Ma'idah:77 )


Antara perkara diingkari ialah bersikap keras bukan pada tem-pat dan masanya.
Sikap melampau diistilahkan dengan al-ghuluww, al-tanattu' dan al-tashdid.
Sikap ini adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana seperti yang dituntut oleh Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143 bermaksud:

Maksud:
"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu".

(Surah al-Baqarah 143)


Sikap tasamuh dan berlapang dada hendaklah diutamakan ter-utamanya apabila berhadapan dengan mereka yang baru memeluk Islam atau berada di negara bukan Islam.
Sifat kulli hendaklah diutamakan dari yang bersifat juz'i.
Begitu juga perkara pokok adalah diutamakan sebelum furu'.
Allah memerintahkan hambaNya ber-dakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti maksud Firman Allah S.W.T.:

Maksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk".

(Surah an-Nahl 125)


Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sa-ngat dilarang.
Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan perang ketika menghadapi musuh.
Ini dijelaskan melalui Firman Allah S.W.T.:

Maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongan)".

Wednesday, May 19, 2010

Exam....EXAM...exam...ape tu exam..saya tak tau apa tu exam??

Media culture,Computer graphic 3,english 3,Media mathematic 2j(killer subject)...

pergh...exam sbnrnya satu penyeksaan bagi aku....tak sabar nak balik peneng...nak rasa lauk masakkan mak aku,,,,,

cuti 2 minggu,..target nak naikkan berat badan...haha...

Thursday, April 29, 2010

MARAH...apa tu marah??bahaya marah nih..kena relak doh..

Ada 5 kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat,marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat), marah sederhana, tidak tahu marah dan marah keterlaluan. Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.

Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.

Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.

Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Friday, April 16, 2010

AURAT...penjelasan nya ada disini

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Saturday, October 17, 2009

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat."

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:"Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

Prinsip solat tangga menuju kejayaan

Prinsip solat tangga menuju kejayaan

Oleh: KALAM MAS

SEBAGAI menyambung perbincangan mengenai aspek keindahan dalam solat, siri kali ini ingin mengajak pembaca untuk melihat solat dari perspektif mengaplikasi prinsip-prinsip solat dalam kehidupan seharian. Solat itu membawa kejayaan. Sejak 1400 tahun dahulu umat Islam diajak melalui seruan azan untuk bangun mendirikan solat dan menuju kejayaan. Sememangnya benar bahawa solat itu membawa kebaikan kita di dunia dan akhirat. Namun begitu, mungkin ada yang beranggapan bahawa solat itu semata-mata untuk kebaikan akhirat.

Di dalam solat terdapat prinsip-prinsip yang boleh ditimba dan digunakan dalam menjalani urusan kehidupan kita di dunia. Justeru, solat itu bukan sahaja jalan untuk menuju kebahagiaan di akhirat, malah ia juga boleh mengatur hidup yang berjaya dan bahagia sejak kita berada di dunia ini.

Allah s. w. t. menjadikan semua perkara di alam ini untuk manusia mengambil pelajaran daripadanya. Keindahan alam ini merupakan lambang-lambang yang mempunyai pelajaran. Di antara cara untuk menimba pelajaran daripada ciptaan Allah s. w. t., ialah dengan memahami prinsip-prinsip yang ada di sebalik alam ciptaan Allah s. w. t. itu. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka laluinya, sedangkan mereka berpaling daripadanya (tanda-tanda itu). (Yusuf 12:105)

Setiap aktiviti kehidupan yang berlandaskan keredhaan Allah s. w. t. adalah ibadah. Dalam ibadah juga ada pelajaran dan prinsip yang boleh kita pelajari. Ibadah khusus pula adalah cara kita beribadah kepada Allah s. w. t. dengan satu bentuk yang telah ditentukan Nya melalui Nabi Muhammad s. a. w. Para ulama atau pemikir Islam dahulu seperti al-Ghazali, al-Jauzi dan zaman ini seperti Iqbal, Ali Shariati, S. Hossein Nasr dan ramai lagi membawa perhatian umat Islam untuk menyelami aspek hikmah tersirat di sebalik kewajipan ibadah fardu dan ibadah khusus yang lain. Di antara ibadah yang penting bagi umat Islam adalah ibadah solat. Solat itu adalah kewajipan, solat itu tali munajat kita dengan Maha Pencipta, solat itu pahala untuk akhirat, solat itu penjernih jiwa dan meningkatkan taqwa, namun apakah prinsip-prinsip solat yang boleh kita ambil untuk dimanfaatkan dalam kehidupan dunia kita?

Solat ialah lambang kita membalas cinta Allah s. w. t. Prinsip cinta antara manusia mempunyai kategori yang dinamakan cinta berbalas. Pepatah ada mengatakan `buat baik, dibalas baik.' Membalas budi dan kebaikan yang orang lakukan kepada kita adalah fitrah bagi manusia. Seseorang yang dibalas kebaikan itu, dan dalam konteks ini dibalas cintanya akan mendapat keuntungan atau kebaikan daripada cintanya. Cinta Allah s. w. t. kepada kita berbeza. Allah s. w. t. tidak memperoleh keuntungan dengan cinta kita atau kerugian dengan penolakan kita. Dia Maha Tinggi, Maha Agung dan Maha Suci. Cinta-Nya kepada kita bukan kerana membalas ibadah atau cinta kita kepada-Nya, tetapi kerana kemurahan, sifat pengasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Kita yang sentiasa bergantung kepada rahmat dan anugerah-Nya. Malah, apa sahaja ibadah yang kita lakukan tidak akan dapat menyamai, apatah lagi mengatasi walaupun satu nikmat yang diberikan-Nya kepada kita. Nikmat yang diberikan kepada kita tidak terkira banyaknya. Walaupun sebagai satu prinsip, kita mesti membalas segala kebaikan yang Dia berikan kepada kita, namun pada hakikatnya kita tidak berkeupayaan untuk membalas cinta Allah s. w. t. Keupayaan kita membalas cinta-Nya juga adalah anugerah daripada-Nya. Kebaikan daripada ibadah yang kita lakukan sebenarnya akan pulang kepada diri kita sendiri sebagai pahala dan keredhaan daripada-Nya jua.

Di antara jalan untuk `membalas' kasih sayang-Nya ialah dengan menunaikan solat. Solat adalah penghubung antara kita dengan Maha Pencipta itu. Solat adalah `mikraj' bagi orang beriman. Semasa solat kita bermunajat, berdoa dan memuji Allah s. w. t. Setelah selesai solat kita bertebaran di atas muka bumi untuk mencari nafkah dan menunaikan kewajipan kita yang lain. Nabi Muhammad s. a. w. bertemu Allah s. w. t. dalam peristiwa mikraj. Namun Baginda kembali ke dunia untuk meneruskan tanggungjawab menyampaikan al-Quran dan agama Allah s. w. t. kepada manusia.

Allah s. w. t. berfirman bermaksud: Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah dengan banyaknya supaya kamu beruntung. (Al-Jumu`ah 62:10). Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh urusan jual beli daripada mengingati Allah dan (daripada) mendirikan solat dan daripada (membayar) zakat. Mereka itu takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang. Supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (An-Nur 24:37-38).

Solat mengajar kita prinsip ketabahan dan sentiasa berfikiran positif. Solat memberikan kita kesedaran dan merasai kewujudan Allah s. w. t. di `sisi' kita. Kesedaran ini amat penting kepada manusia, kerana dengan kesedaran ini memberikan kepercayaan, harapan dan ketabahan untuk mengharungi apa jua cabaran hidup yang melanda. Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman suka dan duka. Kita tidak dapat menentukan apa yang akan kita hadapi, kerana itu adalah ketentuan-Nya.

Manusia yang tidak percaya kewujudan-Nya, akan mudah berputus asa hingga membinasakan dirinya walau dengan ujian yang sedikit. Kebahagiaan dalam mencari redha Allah s. w. t. adalah kebahagiaan yang sebenar. Ia adalah tunjang kekuatan insan dalam menghadapi bahana `tsunami' kehidupan. Orang yang beriman, akan bersyukur dan merendah diri ketika menerima laba, dan bersyukur serta redha apabila menerima bala. Orang yang mencari kenikmatan `fatamorgana' melalui dadah atau minuman memabukkan misalnya, ataupun menamatkan kamus hidupnya dengan membunuh diri, adalah mereka yang tidak menemui nur harapan dan tidak meyakini dengan kewujudan serta kekuasaan-Nya yang mengatasi keupayaan dan ikhtiar kita yang terbatas ini.

Di antara prinsip umum yang diajar di dalam solat ialah al-Ihsan. Al-Ihsan ialah menyedari kehadiran-Nya di dalam solat, sebagaimana sabda Baginda s. a. w. yang bermaksud: Al-Ihsan itu ialah, kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya. Jika tidak dapat, maka sesungguhnya Allah melihat kamu. Alangkah baiknya kesedaran al-Ihsan yang dicapai di dalam solat, turut melimpah kepada kehidupan seseorang di luar solat? Dalam ia berkeluarga, bermasyarakat, menunaikan hak jiran tetangga, menunaikan hak bernegara ia tetap bermuraqabah (merasa diawasi) dan menunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya demi mencari setitis keredhaan al-Khaliq serta kemanisan cinta-Nya.

Solat itu sendiri mempunyai banyak pelajarannya. Solat mempunyai rukun-rukunnya. Rukun umpama tiang pada sesebuah bangunan. Tanpa tiang, bangunan tidak akan berdiri kukuh dan akan runtuh dengan mudah. Tanpa rukun solat itu tidak sempurna. Solat juga mempunyai 13 rukun utamanya yang tersendiri. Di dalam setiap satu rukun utama itu terdapat lagi rukun serta syarat yang tidak dapat tidak mesti dilakukan bagi mempastikan kesempurnaan solat. Rukun adalah tunjang yang menjadikan sesuatu itu teratur dan kukuh. Mungkin boleh kita katakan bahawa prinsip di dalam sesuatu perkara itu merupakan rukun dalam perkara tersebut.

Dalam rukun-rukun solat terdapat prinsip-prinsip berharga yang dapat dimanfaatkan untuk membina kerukunan dan keharmonian hidup manusia di dunia, apatah lagi kerukunan dan kebahagiaan hidup yang sebenar di akhirat. Mengaplikasi prinsip-prinsip ini untuk menjalani setiap pekerjaan di dunia, adalah kunci kepada kejayaan di dunia. Nah, sekarang mari kita lihat apakah yang dikatakan prinsip solat yang membawa kepada kejayaan itu.

Di antara persediaan sebelum solat adalah mengambil wuduk. Berwuduk ialah membasuh anggota tertentu mengikut syarat-sarat yang ditentukan. Wuduk membersihkan anggota badan, mengangkat hadas kecil, membersihkan dosa kecil dan mensucikan rohani. Prinsip daripada wuduk ialah pembersihan diri. Seseorang yang ingin meningkatkan kualiti diri menjadi orang yang baik harus memulakan dengan pembersihan diri, membersihkan jiwanya dan meninggalkan tabiat lama yang tidak diredhai Allah s. w. t. Umpama `menitis air jernih ke dalam air keruh, lama kelamaan jernih juga airnya.'

Di antara perkara yang paling utama di dalam solat adalah niat. Niat itu adalah kesengajaan, kebulatan untuk melakukan solat dengan ciri-cirinya yang khusus. Solat tanpa niat tidak akan bermakna. Solat umpama perjalanan menuju suatu destinasi. Tanpa arah destinasi yang tertentu, perjalanan itu akan teraba-raba ke sana ke sini tanpa tujuan. Niat boleh disamakan dengan objektif bagi sesuatu perkara. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud: Setiap pekerjaan itu dikira mengikut niatnya. Hidup mesti ada matlamat. Manusia yang tiada matlamat hidup umpama perahu yang terumbang ambing di tengah lautan. Prinsip ini adalah asas di dalam segala tindakan kita. Prinsip yang amat penting ini dapat ditimba pelajarannya melalui solat.

Takbiratul Ihram adalah ucapan pembukaan dengan melafaz `Allahu Akbar' semasa memulakan solat. Seseorang yang bertakbiratul ihram bermaksud ia membesarkan Allah s. w. t., yakni mengutamakan Allah s. w. t. daripada segala perkara yang lain. Antara prinsip yang boleh difahami daripada takbiratul ihram untuk manfaat kehidupan kita ialah prinsip meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Seorang pemimpin harus dipatuhi arahannya. Seorang ibu atau bapa harus dihormati dan ditaati. Menghormati ibu tidak boleh disamakan dengan menghormati majikan. Mentaati Allah s. w. t. tidak boleh disamakan dengan mentaati ibu bapa.

Justeru, kita kena sedar tentang perbezaan ini dan jangan terleka dalam meletakkan sesuatu agar kena pada tempatnya. Kehancuran akan berlaku jika sesuatu nilai tidak diletakkan kepada tempat yang sewajarnya. Sabda Nabi s. a. w. bermaksud: Apabila diletakkan sesuatu urusan bukan pada ahlinya (tempat yang hak), maka tunggulah kehancurannya. Alangkah harmoninya kehidupan ini, jika nilai-nilai, pemikiran, sikap dan tingkah laku manusia pada hari ini kembali diletakkan menurut nilai yang wajar dengan kemuliaan sebagai manusia.

Kita diwajibkan tertib di dalam solat. Tertib bermaksud mendahulukan apa yang patut didahulukan, meng`kemudian'kan apa yang sepatutnya dikemudiankan. Ringkasnya tertib ialah melakukan sesuatu mengikut urutan yang ditentukan. Tertib adalah suatu fitrah, ia adalah proses natural dan mengikut sunatullah. Setiap sesuatu yang mengikut proses semula jadi (tabie), bermakna ia mengikut tertib. Ia akan kekal lama kerana ia adalah benar. Sesuatu perkara yang tidak mengikut tertib akan mudah goyah tidak kekal lama.

Hadis Nabi s. a. w. mengungkap prinsip ini dengan penuh kebijaksanaan. Baginda memberikan contoh orang berkaki ayam yang diberi kekayaan melimpah ruah, lama-kelamaan akan kehilangan kuasanya. Orang yang tidak beramanah, lalu diberikan khazanah ia akan pecah amanah. Nabi Muhammad s. a. w. sendiri sebelum dilantik menjadi nabi umat akhir zaman pada usia 40 tahun, telah disediakan sebegitu rupa sejak dari kecil. Prinsip pembinaan atau grooming ini telah sedia ada di dalam solat. Alangkah baiknya jika prinsip-prinsip ini digali, dijadikan bidang ilmu dan seterusnya dimanfaatkan untuk memakmurkan dunia. Maka anugerah Allah s. w. t. yang hebat ini tidaklah akan dipersiakan lagi oleh manusia. Isu yang paling penting di sini ialah, kita mesti mengetahui bagaimana untuk mengeluarkan prinsip untuk kita amalkan ini daripada solat.

Satu perkara yang amat penting dan menjadi prinsip hidup yang utama adalah khusyuk. Khusyuk di dalam solat menjadi kunci kejayaan. Setiap perkara harus ada khusyuk, iaitu menumpukan sepenuh jiwa kepada pekerjaan yang dilakukan. Setiap satu urusan sama ada yang mencakupi urusan duniawi atau ukhrawi yang dilakukan dengan penuh `khusyuk', akan diakhiri dengan kejayaan. Firman Allah s. w. t. yang bermaksud: Telah berjaya orang yang beriman, iaitu yang khusyuk di dalam solatnya. (Al-Mukminun 23:1).

Kejayaan melalui solat itu adalah benar dan bukan hanya ilusi. Artikel akan datang akan menghuraikan dengan lebih mendalam apakah yang dikatakan kejayaan melalui solat itu, insya-Allah. Manusia tidak akan nampak kejayaan, jika ia tidak terlebih dahulu nampak kehancuran yang jelas di hadapan matanya. Orang yang sejak asalnya kaya, tidak mengetahui nikmat kaya, berbeza dengan orang miskin yang menjadi kaya. Orang yang berasal daripada keluarga baik mungkin mengambil sikap biasa terhadap kebaikan. Tetapi seseorang yang menerima hidayah Allah dan berubah akan mencintai serta memelihara kebaikan yang ia peroleh. Kejayaan yang biasa difahami ialah kejayaan duniawi. Namun, kejayaan sebenar bagi seorang mukmin ialah mencapai redha Allah s. w. t. yang diikuti dengan kejayaan membangunkan dunianya mengikut landasan yang diredhai-Nya. Redha Allah s. w. t. adalah `syurga' awal yang dicari bagi orang beriman di dunia.

Ini beberapa contoh daripada mutiara keindahan solat dan prinsip yang boleh digali daripadanya dalam menerajui kejayaan di dunia. Black & Brown mengajak umat Islam untuk berkongsi pengetahuan atau pengalaman melalui solat serta mengajak umat Islam untuk sama-sama mengembangkannya. Solat itu adalah anugerah-Nya yang amat tinggi dan mahal. Anugerah yang tinggi dan mahal ini pasti mengandungi rahsia dan kehebatannya. Ini hanyalah sebahagian daripada garapan mengenai keindahan yang halus dan seni di dalam solat. Masih banyak ruang yang boleh kita terokai. Prinsip solat yang dibawa kepada kehidupan realiti, akan menjana peribadi, keluarga, persekitaran masyarakat, dan seterusnya membina negara yang baik serta memiliki rakyat yang berkualiti.

Firman Allah s. w. t. bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, belum sampaikah lagi masanya untuk hati-hati kamu khusyuk
(tunduk) dalam mengingati Allah dan terhadap kebenaran yang diturunkan-Nya? Wallahu A'lam.


Friday, October 9, 2009

My first blog

hello and assalamualaikum..this My first blog in my life,,haha..have a nice day...